AKTIVITI MENAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN.

Ramai yang mencemuh mereka yang berniaga secara sambilan dari rumah tetapi ada juga yang cemburu dan berangan mempunyai perniagaan yang sama berjaya.

Di daerah saya mastautin, paling ramai berniaga dari rumah adalah dalam industri makanan. Sebut apa saja, mesti ada. Nasi berlauk, dagang, briani, kerabu. Yang sedap ada yang tak sedap pun ada juga.

Makanan siap masak ada, yang beku pun ada. Satay, karipap, roti jala, roti canai/murtabak, akok, tepung pelita, tepung bungkus....asal makanan tu orang suka dan terkenal ada lah yang menerima tempahan dan menyediakannya.

Ada yang buat bermusim seperti di Hari Raya dan musim kahwin, ada juga yang buat tiap2 hari hantar ke gerai2 nasi berlauk tepi2 jalan dan ada yang buat dan beku dalam freezer kat rumah tunggu orang datang beli.

Ada yang anak beranak jer yang tolong masak dan ada yang menggaji pekerja untuk membantu.

Saya paling suka tengok seorang makcik jual nasi berlauk kat rumah. Anaknya dah besar2 dan ada yang kerja timbalan pengarah tapi dia suka benar berniaga.

Tiap2 pagi duduk atas pangkin di porch banglonya membungkus nasi berlauk makan pagi. Suaminya yg dah tua membantu melayan pelanggan. Kalau cuti sekolah yg balik dari KL pun datang mencari nasi berlauknya.

Guru paling senang mendapat pendapatan sampingan melalui tuition. Tuition persendirian ada dan buat kelas ramai2 kat rumah pun ada.

Cuba congak jika satu sessi 'one to one' RM30 seorang/2 jam, 3 orang per sessi, 2 hari hujung minggu, 8 hari sebulan, dah dapat RM720 pendapatan tambahan sebulan. Yang tak ada Dip. Ed. pun boleh buat tuition kat rumah.

Sepupu kat SS2 PJ graduate diploma ITM tapi ambil budak Cina sekolah rendah ajar Bahasa Malaysia. Selepas beberapa tahun pendapatan sebulannya hampir sama dengan doktor yang kerja 3 tahun. Tak ada income tax, tak ada overhead.

Yang berkemahiran membaca Al Quran pula buka kelas mengaji. Dekat sebelah rumah tu mula2 guna bilik sewa tapi sekarang boleh sewa sebuah banglo kerana anak muridnya ramai.

Macam2 lagi kerja orang di sini buat. Jual kereta secondhand dari rumah, bela ikan dalam kolam fibreglass dan yang buka kedai kain dalam rumah pun ada.

Masing2 masih ada kerja hakiki dan berniaga itu cuma pendapatan sampingan sahaja. Yang buat direct selling dan MLM pun ramai juga.

Pendek kata selagi ada jalan selagi itu ada usaha.

Klik di sini untuk menjadi dealer