MENGENAL POTENSI DAN KEMAHIRAN DIRI.
Kita dijadikan oleh Allah dengan segala sifat yang sempurna. Kebolehan menggunakan anggota deria dan tubuh badan kita adalah kemahiran yang Tuhan telah anugerahkan.Mata, telinga, mulut, hidung,kaki, tangan, otak dan seluruh tubuh kita boleh digunakan bagi kebaikan kita dan orang lain.
Mungkin ada yang mengatakan 'aku tidak punya kemahiran selain dari menaip dan menulis surat'. Yang lain pula mengadu 'aku tidak pernah belajar dimana2 kelas bimbingan untuk ada apa-apa kemahiran.'
Adakah kita tidak sedar bahawa melihat, mendengar, berkata-kata, menghidu, berjalan, membuat sesuatu dengan tangan dan berfikir itu satu kemahiran?
Aktiviti harian yang kita lakukan adalah satu memahiran. Memasak, membasuh kain mengemas rumah, menjaga anak, pergi kerja menaiki kenderaan dan routine pejabat semuanya adalah satu kemahiran.
Memeriksa kerja sekolah anak, menanam sayur di belakang rumah, mengemas laman rumah, cuci kereta, tanam pokok bunga, baiki perabut yang rosak, hobi membela kucing, arnab, ikan, menjahit baju dan langsir semuanya adalah kemahiran yang kita tidak belajar dalam kelas.
Apa yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti kemahiran yang kita ada dan ditukarkan supaya menjadi sesuatu aktiviti menambah pendapatan.
Kalau kawan2 selalu puji masakan sedap mangapa tidak kita masak lebih sesuatu makanan itu untuk dijual kepada kawan2 kita. Kalau kita sudah biasa sangat periksa buku sekolah anak2 kita mengapa tidak kita periksa kerja sekolah anak2 orang lain juga dengan sedikit bayaran.
Kucing peliharaan dan ikan dalam akuarium tu kalau dibiakkan lebih sikit boleh juga dijual pada mereka yang minat untuk membelanya. Kalau perabut dalam rumah dah habis dibaiki kita juga boleh baiki perabut jiran dan rakan dengan sedikit upah.
Aktiviti harian seperti menghantar anak ke sekolah, membeli belah di pasar atau pasaraya, naik kereta ke tempat kerja semuanya boleh dijana kepada aktiviti menjana pendapatan sampingan.
Oleh itu pandangan sesetengah orang yang tidak dapat melihat kemahiran dan potensi diri sendiri mesti lah ditukar. Kenal pasti kekuatan dan kelebihan yang ada dan jadikan ia satu peluang untuk mendapatkan pendapatan tambahan.