Colostrum (susu awal) adalah cecair yang terhasil dari kelenjar susu dalam tempoh 72 jam selepas melahirkan anak. Susu kolostrum mengandungi lemak yang sangat sedikit dan kandungan karbohidrat, protein dan antibodi yang tinggi. Ia mampu memberi bekalan zat makanan yang lengkap pada anak yang baru lahir untuk tumbesaran dan memberi ketahanan badan dari jangkitan.
Terdapat 2 faktor penting dalam kolostrum:
Faktor Imun (Immune Factor)
Faktor imun terdiri dari Immunoglobulin seperti IgA, IgD, IgE, IgG dan IgM.
Selain dari itu terdapat antibodi di dalam susu kolostrum.
Faktor Tumbesaran (Growth Factor)
Faktor ini merangsang pertumbuhan sel, tissu, otot, tulang, rawan dan organ di dalam tubuh badan.
Kesemua faktor di atas bertindak serentak untuk melindungi, menyembuh dan membina tubuh badan supaya berada pada kesihatan yang optimum.Bayi yang baru lahir mempunyai sistem badan yang belum lengkap sepenuhnya. Oleh itu pada hari-hari awal kehidupannya kolostrum membantu supaya dia kekal sihat dan membesar. Begitu juga apabila umur semakin meningkat badan kita semakin kurang upaya untuk melindungi diri sendiri kerana faktor ketuaan dan sistem badan sentiasa terdedah kepada patogen merbahaya.
Bagaimana kolostrum membantu kesihatan tubuh badan?
Immunoglobulin (Ig) dan lactoferrin menghalang dan merencat patogen seperti virus, bakteria, kulat, bahan alahan dan toksin semasa mereka berada di dalam usus lagi.
Ig termasuk antibodi juga melawan dan meneutralkan patogen apabila telah meresap ke dalam darah dan tubuh badan.
Faktor tumbesaran merangsang pertumbuhan normal sel badan, regenerasi sel atau tissu yang rosak, cedera atau tua. Tumbesaran ini tidak melibatkan deposit lemak yang berlebihan.
Merangsang badan untuk membakar lemak dan bukan otot untuk tenaga.
Merangsang respon imun humoral dan selular tubuh.
Membantu mengawal aras gula dan lemak.
Terdapat juga vitamin, mineral dan asid amino untuk menambah nutrient kepada tubuh badan.
Secara amnya mengamalkan pengambilan nutrient berasaskan kolostrum secara berterusan boleh menjadikan badan lebih sihat, cergas, kelihatan muda, dan susah dijangkiti oleh penyakit.