Ramai benar yang mengeluh kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat harga minyak yang naik tiba-tiba. Yang tak dapat naikkan harga dan tak cukup gaji juga mengeluh sebab hidup makin sempit. Minyak sebagai sumber tenaga terlibat dalam hampir semua aktiviti ekonomi dan rekreasi kita. Di sini saya ingin menulis pendapat 20 sen saya.
Dalam Islam sendiri kita di nasihatkan supaya bersabar dan berdoa kepada Tuhan supaya kehidupan kita di dunia dan akhirat tidak jatuh muflis dengan syarat kita kena lah berusaha. Usaha pula janganlah dengan cara yang tak betul seperti menipu, judi dan entah apa lagi yang merosakkan diri kita sendiri.
Yang kita perlukan sekarang adalah aktiviti menambah pendapatan untuk menampung gaji yang tak cukup.Secara amnya sesuatu aktivi yang kita buat untuk tambah pendapatan mestilah:
- Beroperasi dari rumah untuk mengurangkan overhead.
Masalah sewa pejabat, bil utiliti dan gaji pekerja tak payah kita fikirkan. - Bermodal kecil.
Kadang-kadang tak payah keluar modal pun bila bisnes tu melibatkan perkhidmatan yang kita sendiri lakukan seperti menjaga anak jiran atau tuition budak sekolah. Kalau nak keluar modal pun mungkin seperti membeli mesih jahit atau peralatan memasak dan periuk belanga dan sebagainya. - Selamat bagi diri kita, keluarga dan jiran.
Sesuatu yang dilakukan mesti tidak mendatangkan risiko kebakaran, keracunan, kebisingan dan lain-lain yang boleh mengganggu ahli keluarga lain dan jiran. - Menggunakan kemahiran, kebolehan dan latihan yang telah sedia ada pada kita.
Kemahiran yang telah dipelajari di sekolah atau kelas bimbingan atau sesuatu kelebihan yang diperolehi dari keluarga turun temurun boleh dimenafaatkan. - Mempunyai potensi untuk berkembang dan membesar.
Sesuatu aktiviti bisnes untuk berkembang perlukan dedikasi, komitmen dan jenis yang sesuai dengan kita.