Antara sedar atau tidak penampilan fizikal tubuh badan akan mempengaruhi persepsi orang lain keatas kita. Cara bercakap, tone suara, mimik muka, cara berjalan, kebersihan diri, gigi , kulit badan, kuku, bau badan dan cara berpakaian serta mekap akan termasuk dalam analisa bila berdepan dengan mereka.
Kalau orang yang kita kenal lama tak perlu lah dirisau kerana persepsi sudah dipahat dalam diri dia dari perjumpaan yang berulang kali. Tapi bagaimana jika orang itu pertama kali kita jumpa dan kita perlukan hanya satu peluang untuk membuat dia tertarik.
Antara perkara yang perlu diperhatikan adalah:- Berjalan lah dengan badan lurus dan berkeyakinan.
- Pandang kehadapan ketika berjalan.
- Pandang kepada orang yang kita bercakap (eye contact). Sungguh tidak sopan bila kita sibuk dengan benda lain ketika bercakap dengan orang.
- Senyum selalu dan bercakap dengan nada tenang.
- Pakaian mestilah bersih dan sesuai untuk waktu tersebut.
- Mulut mesti berbau segar dan gigi mesti bersih.
- Kuku yang panjang dan kotor mesti dielakkan.
- Tidak salah jika kita memakai sedikit wangian terutamanya untuk mereka yang kuat bau badan dan bau ketiak.
- Mekap tidak terlalu berlebihan.
- Tubuh badan kelihatan sihat dan tidak terlalu gemuk atau kurus.
Ramai yang memakai mekap untuk melindungi sedikit kecacatan seperti parut, warna kulit yang tidak seragam, garisan halus dan kedut. Tetapi adalah lebih baik untuk kelihatan segar dan semulajadi dan menggunakan mekap paling minimal dengan mempastikan kesihatan kulit yang optimum.
Apabila bila kulit menerima nutrient yang sepatutnya, dilindungi dari cahaya ultraviolet matahari dan jauh dari kerosakan radikel bebas ia akan kelihatan sihat.
Faktor lain yang merosakkan kulit secara premature adalah stress, kurang minum air, kurang bersenam, kurang tidur/rehat dan penyakit dalaman yang kronik.
Kita boleh mengurangkan kerosakan kulit dan melambatkan proses penuaannya. Antara yang patut kita buat adalah seperti:
- Memakan makanan seimbang dan berzat seperti buahan dan sayuran.
- Bersenam, bersukan dan beriadah secara sihat dan berterusan.
- Mengurangkan stress dengan sukan, hobi dan menjauhi situasi yang boleh menimbulkan ketegangan.
- Mendapat rawatan awal untuk penyakit terutama penyakit kronik.
- Jauhi panas terik matahari dari pukul 10 pagi hingga 3 petang untuk mengelakkan ketuaan kulit premature(photo aging).
- Mengurangkan kerosakan kulit dari radikel bebas dengan pengambilan supplement yang mengandungi anti oksidant seperti Vitamin C,E, Alpha-lipoic acid, CoQ10.
- Supplement nutrient penting untuk kulit tumbuh dengan sihat seperti Omega3-DHA/EPA, proline, lysine, glucosamine, hyaluronic acid, selenium, zink, trace minerals dan lain-lain.
Selain dari menjaga kesihatan kulit dari dalam seperti diatas, skin care product yang terjamin berkesan disokong dengan penyelidikan yang boleh dipercayai boleh digunakan untuk membantu kesihatan kulit dari luar.
Akhir kata, belajarlah mempamerkan image diri yang lebih baik, anggun, menarik, sihat, bertenaga dan muda (walau pun dah berumur) agar tutur kata anda diterima pendengar didepan anda.