NEOSTRATA CITRIATE TREATMENT SYSTEM (AHA 20 PHA 12)Neostrata Citriate Treatment System
Rawatan pengelupasan
di rumah tanpa pergi ke pusat kecantikan.
Untuk parut jerawat, kulit jeragat, kulit rosak
dan tidak sekata.
Hasil rawatan sangat memuaskan.



Kulit muka anda tidak berseri?
Anda ingin :
  • Melembutkan garisan halus kulit
  • Mengurangkan garisan kasar kedut
  • Meratakan warna kulit tidak sekata
  • Menipiskan parut jerawat
  • Mengecilkan liang roma kulit
  • Melicinkan kulit yang kasar
  • Memperbaiki kecerahan kecantikan kulit

APAKAH Neostrata Citriate Treatment System?

Ia adalah rawatan anti-aging yang mengandungi asid glycolic (AHA) dan antioksidan asid citric (AHA) untuk memperbaiki kulit yang rosak akibat cahaya matahari (photo aging), umur yang lanjut (chronological aging), parut jerawat, kulit yang kasar dan tidak sekata.

Asid glycolic menggalakkan eksfoliasi lapisan kulit yang telah mati dan memperbaiki proses pembentukan keratin, menambah lapisan collegen dan tisu fiber di lapisan dermal dan menambah kandungan hyluronic acid, GAGs dan kelembapan kulit.

Asid citric mempunyai kesan anti-oksidan untuk meneutralkan radikal bebas dan menghalang oksidasi didalam pembentukan melanin, menambah ketebalan lapisan epidermal, dermal dan membantu menambah kandungan hyluronic acid, GAGs dan chondroiton sulphate.

Kini anda boleh mendapat
kulit yang lebih cerah
kulit tegang tapi lembut dan lembab
kulit yang kelihatan lebih muda dan sihat

CARA PENGGUNAAN

  1. Citriate Treatment System hanya untuk kulit yang tidak sensitif (minta nasihat doktor anda) dan hanya digunakan selepas sebulan menggunakan AHA 10 Neostrata Smoothing Cream.
  2. Cuci muka dengan pembersih muka yang baik dan biarkan kering selama 3-5 minit.
  3. Sapu pad bahan Neostrata Citriate dengan lembut di seluruh muka terutamanya di kawasan bermasaalah tetapi elakkan kawasan mata, bibir dan lain-lain kawasan sensitif.
  4. Lihat tindak balas kulit seperti kemerahan, tidak selesa seperti rasa mencucuk, terbakar atau gatal. Cuci muka segera dengan air jika tindakbalas tersebut terlampau kuat atau berterusan selama 5 minit.
  5. Bahan Citirate boleh dibiarkan di kulit sehingga 3 jam maksimum jika tiada masaalah. Anda yang menentukan berapa lama ia berada di kulit
  6. Cuci muka dengan pembersih/cleanser dan air yang banyak bila telah selesai tempoh rawatan.
  7. Akhir sekali sapu krim muka Bionic (disertakan) diseluruh bahagian yang dirawat.
Neostrata Citriate Treament System boleh digunakan seminggu sekali pada waktu malam bersama produk Neostrata harian yang lain. Kulit akan kelihatan merah selepas rawatan. Penggunaan sun screen setiap hari adalah digalakkan.

KONTRAINDIKASI

Tidak digalakkan untuk mereka yang:

  • kulit mudah terbentuk parut berlebihan bila luka
  • kulit terlampau terdedah kepada matahari terik
  • menggunakan ubat accutane dalam tempoh 6 bulan
  • kulit sensitif melampau

AMARAN

  • Tidak boleh terkena mata, bibir atau membrane mucous dalam mulut.
  • Tidak boleh disapu pada kulit pecah, luka atau merah (inflammed).
  • Tidak boleh digunakan semasa mengandung atau menyusukan anak
  • Jika terkena pada kulit bahagian sensitif cuci dengan air yang banyak.

KANDUNGAN NEOSTRATA CITRIATE TREATMENT SYSTEM.

Air, Alcohol denat., Propylene Glycol, Glycolic acid, Citric acid, Arginine, Ammonium Hydroxide.

Setiap kotak ada

8 pad bahan Citriate(1.5ml)
8 sac. Bionic Face Cream (2gm)

HARGA SEKOTAK CITRIATE TREATMENT SYSTEM

RM 210.00
Kos penghantaran percuma dalam Malaysia.



Keluaran :
Neostrata Company Inc.

Klik disini untuk bayaran
melalui bank/cek/wang pos.