Rawatan Jerawat dan Menghilangkan Parut / Bekas Jerawat.

Selain dari rawatan jerawat baru di muka dengan mengurangkan jangkitan di kulit , bekas dan parut jerawat yang hodoh boleh dinipis dan dilembutkan dengan membuang secara pengelupasan lapisan kulit lama dan mati. Kombinasi rawatan jerawat baru dan menghilangkan parut jerawat lama akan membuat wajah lebih bersih, licin dan muda.

Neoceuticals Clarifying Facial Cleanser, Neostrata 15 AHA Gel Plus, Mupirocin Ointment

Neostrata 15 AHA Gel Plus (100ml).

Ciri produk:
Gel tanpa minyak mengandungi asid glycolic (AHA) untuk melicin, melembut dan menambah seri kulit. Ia bertindak melalui pengelupasan kulit secara merangsang exfoliasi dan mengembalikan proses pembentukan kulit baru yang normal. Ia juga menambah tissu fiber dan kolagen di bawah lapisan dermal kulit. Ciri anti-oksidannya melawan radikal bebas di dalam kulit punca kulit kelihatan tua. Rawatan kulit menggunakan AHA ini akan menjadikan kulit lebih sihat, tegang, lembut dan berseri.

Cara guna:
Sapu di muka atau bahagian yang perlu sekali sehari untuk 2 minggu dan 2 kali sehari selepas itu mengikut keperluan. Gunakan "sun screen" atau elak dari terdedah di panas matahari untuk mengelak kulit baru menjadi rosak atau "sunburn". Kulit baru mesti dilindungi sehingga lebih kurang seminggu selepas berhenti dari penggunaan nya.

*Untuk kulit nipis dan sensitif hadkan penggunaan antara 30 minit hingga beberapa jam sahaja sehari.*

Amaran:
Untuk kegunaan luar sahaja. Cuci mata dengan air jika terkena. Hentikan penggunaan dan berjumpa doktor kalau kulit merah atau gatal.

Neoceuticals -Clarifying Facial Cleanser (200ml).

Ciri produk:
Pencuci kulit muka tanpa sabun mengandungi Triclosan untuk mengurangkan bakteria ber masalah di muka dan kulit. Ia juga mengandungi gluconolactone 4% , yang membuang lapisan kulit mati/tua dan membuka liang minyak tersumbat tanpa mengganggu lapisan lipid kulit yang sedia ada. Ia juga mengandungi antioksidan sambil melembab dan melindungi kulit. Sesui untuk kulit berminyak untuk mereka yang mempunyai masalah menghilangkan jerawat.

Cara guna:
Cuci dan urut di kulit yang basah. Bilas dengan air selepas mencuci.

Amaran:
Untuk kegunaan luar sahaja. Cuci mata dengan air yang banyak jika terkena bahan pencuci. Berjumpa doktor kalau kulit merah atau gatal selepas mengunakan produk.


Mupirocin ointment (5mg).

Ciri produk:
Sebagai obat jerawat dengan cara rawatan pada jangkitan bakteria kulit di peringkat awal dari merebak menjadi parut jerawat yang teruk.

Cara guna:
Sapu nipis di atas jerawat muda dua atau tiga kali sekali.

Amaran:
Untuk rawatan kulit luar sahaja. Jauhi kulit yang luka dan mata. Jika mengandung atau mengidap sakit buah pinggang minta nasihat dari pakar perubatan. Berjumpa doktor jika alahan atau jangkitan kulit berpanjangan lebih 10 hari.


Harga Set Rawatan.

RM226.00
Promosi Online: RM 215.00 (penghantaran percuma)

Sila ke Seri Anggerik E-Shop untuk memesan set.