MENYUBURKAN BENIH YANG DI SEMAI

Setelah anda memilih jenis perniagaan yang akan diceburi, tibalah masa untuk anda berusaha untuk menjayakannya. Bergantung kepada anda untuk menentukan hala tuju.

Jika pendapatan yang disasarkan cuma untuk menambah duit poket mungkin aktiviti menjana pendapatan boleh dilakukan secara sambilan. Jika pendapatan yang dicari untuk keperluan makan minum setiap hari sudah tentu usaha kena berlipat ganda.

Beberapa persoalan yang mesti anda jawap bila memulakan aktiviti perniagaan ini:

  • Adakah anda ingin mempromosi produk atau perkhidmatan sendiri atau orang lain. Dengan kata lain adakah anda ingin berkerja untuk diri anda sendiri atau orang lain.


  • Sanggupkah anda lari dari aktiviti atau rutin harian yang sekian lama telah berasa selesa dengan anda. Aktiviti menghasilkan produk dan aktiviti pemasaran sudah tentu tidak membenarkan anda berehat seperti selalu di rumah dengan isteri/suami dan anak2.


  • Bolehkah anda menguruskan kerja hakiki, urusan rumah dan keluarga dengan baik apabila anda berniaga. Melalaikan belaian emosi dan makan minum anak isteri/suami dan terjejasnya prestasi pejabat sudah tentu menjadikan hidup anda porak peranda.


  • Adakah niat anda ikhlas dengan aktiviti perniagaan dengan nama Allah untuk membantu ekonomi keluarga dan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan atau barangan tersebut. Niat untuk menipu bagi mengaut keuntungan sudah tentu tidak dihalalkan oleh Tuhan rezeki tersebut.

    Baru2 ini nenek saya yang umur mencecah hampir 70 tahun ditipu lebih kurang RM500 oleh orang yang datang menjual dirumah dengan janji hadiah dan barangan dapur. Kemana agaknya tubuh badan jurujual tersebut akan dibawa apabila makanan yang dimakan dibeli dengan duit hasil perniagaan tadi menjadi darah dan daging.


  • Adakah anda sanggup terus belajar untuk memperbaiki diri sendiri, menambah kemahiran dalam mengurus kehidupan dan perniagaan yang akan diceburi.


  • Adakah anda akan menjadi orang yang lebih baik kepada keluarga, komuniti yang anda beri perkhidmatan dan kepada Tuhan apabila anda memulakan dan menguruskan aktiviti menjana pendapatan ini.

Klik di sini untuk menjadi dealer