MENEROKAI PELUANG YANG ADA
Mengenalpasti jenis perniagaan yang sesuai untuk diri sendiri memang susah. Ramai yang terjun kedalam bidang yang bukan kemahiran mereka akhirnya tidak membawa apa2 faedah selain dari hampa dan kegagalan.
Bertukar jenis perniagaan bukan lah semudah bertukar kerja dan majikan kerana melibatkan kos, masa dan emosi yang negatif.
Berikut antara faktor yang boleh diambil kira untuk memilih jenis perniagaan:
- Tukarkan pengetahuan dan pengalaman kepada peluang perniagaan.
Menguasai lebih satu bahasa, pandai mengaji Al-Quran, boleh mengajar, pandai memasak adalah antaranya. - Apa yang boleh kita lakukkan untuk memudahkan kehidupan orang lain.
Tolong jaga anak lepas sekolah, tolong pergi membeli belah, menjaga orang tidak berupaya adalah antara cara kita menggunakan masa dan kelebihan yang ada. - Tukarkan hobi kepada perniagaan.
Hobi seperti pertukangan kayu atau berkebun boleh mendapat pulangan jika dibuat bersungguh-sungguh. - Menambah nilai kepada proses kerja dalam syarikat anda.
Bolehkah anda berbuat sesuatu di tempat kerja supaya perjalanan dalam syarikat menjadi mudah seperti menjadi pembekal bahan2 atau subkontrak proses kerja yang boleh meningkatkan prestasi syarikat anda. - Menambah nilai kepada barang2 keperluan yang telah sedia ada.
Barang2 keperluan harian boleh kita jadikan lebih senang didapati, lebih mudah digunakan, lebih menarik, lebih sedap dan sebagainya. - Menjual barang orang lain.
Direct selling atau bergabung dengan orang yang boleh buat sesuatu produk tapi tidak pandai menjualnya. Green Tea Colostrum adalah konsep perniagaan dari Ar Raihan Food Industries yang selamat, mudah dan terbaik. - Penuhi keperluan/cita-cita orang lain.
Bergaul dengan kawan2 dan kenalan dan ketahuilah apa keperluan atau rungutan mereka. Mungkin anda boleh melakukan sesuatu untuk memuaskan hati mereka.
Secara amnya fikirkan cara untuk memperbaiki dan menyuntik idea baru pada apa2 perkhidmatan atau perniagaan yang sedia ada dan jadikanlah ia sesuatu yang boleh membantu anda menambah pendapatan.