Senarai Ubat Perawatan Kecemasan Jemaah Haji dan Umrah.

Tahniah kerana anda akan menunaikan haji dan umrah. Persiapan jemaah haji mesti teliti dan menyeluruh. Pakej ubat dan keperluan kecemasan melengkapkan bekalan di Mekah dan Madinah. Pakej direka untuk rawatan awal dan pencegahan penyakit sebelum rawatan lebih lengkap di klinik Tabung Haji. Antara masalah penyakit mungkin dihadapai adalah:

  • Demam (paracetamo[30 tab) ).
  • Sakit urat atau sendi (paracetamol, krim [tiub 30gm] atau plaster sakit urat [6 keping], mefenemic acid* [30 tab]).
  • Tekak kering, sakit dan batuk (lozenges [30 tab], penutup muka [ 1 ] ).
  • Sakit dan kembung perut (antacid/gastrik [30 tab], ubat loya dan muntah* [10 tab] ).
  • Luka yang kecil (plaster luka [10 keping] ).
  • Bibir kering (pelembab bibir [ 1 ] ).
  • Kulit tangan dan kaki yang kering dan merekah (pelembab kulit) [30 gm].
  • Dehidrasi atau kurang air (garam rehidrasi [5 paket] ).
  • Cirit birit (ubat cirit birit* [10 tab] ).
  • Loya muntah (ubat loya muntah*).
Ubat bertanda * adalah tambahan jika diminta sahaja.

Di nasihat supaya berjumpa dengan doktor klinik Tabung Haji di Mekah dan Madinah jika tidak sihat berpanjangan.

Dengan perawatan pencegahan awal, ibadat jemaah haji sudah tentu tidak akan terganggu.

Klik disini untuk bayaran
melalui bank/cek/wang pos.
Set 3-Ubat Haji/Umrah Asas
Set 3-Ubat Haji/Umrah Tambahan