MENGURUS KEWANGAN HARIAN.

Satu aspek penting jatuh bangun sesuatu aktiviti perniagaan adalah cara kita mengendali wang kita. Lebih penting bila kita lah boss dan kita lah kuli.

Tiada pegawai kewangan untuk menasihati ke mana cash flow tu pergi. Kalau boros berbelanja surut lah dompet tu. Kalau asyik meminjam dan beri pinjam lagi la sengkek.

Cara yang paling selamat untuk memulakan perniagaan sambilan adalah menggunakan lebihan dari simpanan kita.

Jangan tamak dan gopoh, bermula dari kecil dan kembangkan bila keuntungan mula masuk. Dengan cara ini kita masih ada duit untuk kegunaan harian dan kecemasan.

Menyimpan dan membahagikan duit gaji ke dalam envelope bukan lah idea yang ketinggalan zaman. Setiap keperluan bulanan mesti diletakkan dalam envelope yg tersendiri.

Contoh pembahagian yg boleh dibuat adalah seperti berikut:

  1. Utiliti.
    Elektrik, air, telefon.


  2. Makanan.
    Belanja pasar, makan diluar, belanja anak disekolah.


  3. Pengangkutan.
    Minyak kereta, tambang bas/teksi, parking, tol.


  4. Penginapan.
    Sewa rumah, pinjaman perumahan.


  5. Hutang.
    Pinjaman kereta, kad kredit dll.


  6. Tit bit.
    Kegunaan kecilan harian seperti sabun/penyapu/lampu/ dll.


  7. Installment.
    Untuk bayaran besar tahunan seperti insurance kereta/roadtax, persiapan masuk sekolah anak2, cukai pendapatan.


  8. Personal.
    Hantar kampung, life insurance, pakaian, kosmetik, orang gaji/nurseri anak dll.


  9. Simpanan.
    Tabung kecemasan, simpanan hari tua, pengajian anak di universiti, modal perniagaan, dll.


  10. Lebihan.
    Yang ini ikut sukalah nak belanja.

Secara amnya tabung kecemasan mesti cukup untuk menyara hidup anda selama sekurang2nya 3 bulan bila ditakdirkan anda tidak dapat berkerja dan wang itu tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

Life insurance adalah untuk pasangan anda yang menyumbang kepada pendapatan keluarga, jika ditakdirkan dia meninggal dunia.

Cuba cari perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Utiliti, minyak kereta, makan diluar dan sewa rumah adalah antaranya.

Lebihan wang lebih baik digunakan untuk hutang yang paling hampir untuk diselesaikan supaya bayaran bulanan tersebut dapat dihapus secepat mungkin.

Ramai yang berpendapatan tinggi yang tak payah fikir bila berbelanja tetapi lagi ramai yang mempunyai pendapat cukup2 makan.

Disiplin dan daya tahan perlu ada untuk memastikan setiap sen titik peluh kita digunakan seoptima mungkin.

Klik di sini untuk menjadi dealer